Errrrmmmm...dah lama niza ta update blog ni...bizi sikit ler frennn...sowi ler ekk...ini ari niza nk kongsi ngan korang suma beberapa menu khas untuk hari raya nnti...sedap ni...jgn lupa cuba yer!!!

SOTO AYAM
  • 1 ekor ayam - direbus
  • Sup Bunjut ADABI
  • B.merah, b.putih, halia - ditumis
  • Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
  • Suhun - digoreng
  • [Hiasan]
  • Bawang goreng
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
  • [Bahan kicap]
  • 20 batang cili padi
  • 2 ulas b.putih
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Cara-cara :
  1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
  2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
  3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
  4. Selepas goreng, carikkan ayam.Ayam carik siap.
  5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan
  6. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
  7. Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@NIEZAMATNOR/RESTORAN MACAM MACAM RASA/Alor Star,Kedah