Kanser Payudara Pembunuh Utama Wanita

Assalamualaikum...
Adakah anda pernah melalui detik-detik hitam sebagai salah seorang wanita yang menghadapi kanser payudara?atau orang terdekat dengan anda yang menghadapi kanser tersebut..?Hari ini Nieza ingin mengupas dengan lebih lanjut Kenapa,Mengapa & Bagaimana terjadinya Kanser Payudara...

Info Penting
  • 45,000 wanita di Malaysia menghadapi kanser payudara
  • 1:15 wanita di Malaysia menghidap kanser payudara
  • Kanser payudara tidak semesti disebabkan oleh keturunan.Ini kerana 85% penghidap kanser payudara tidak mempunyai kanser payudara di kalangan ahli keluarga


Apakah itu kanser payudara?
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian dikalangan wanita di
Malaysia.
Kanser payudara berpunca daripada sel-sel tisu dalam payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal.Jika tidak dapat dikesan dan dirawat secepat mungkin,kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang,paru-paru dan hati.

Faktor Usia
Setiap wanita yang berusia 20 tahun ke atas berisiko tinggi menhidap kanser payudara.Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara.
  • Usia yang meningkat
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
  • Telah mendapat kanser pada sebelah payudara
  • Mula datang haid awal(seawal 10 tahun) atau putus haid lewat(selewat 50 tahun keatas)
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun
  • Seringkali mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak haiwan
Jangan biarkan ianya terjadi


Peringkat Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0
Tumor kanser di tempat asalnya dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri.

Peringkat I
Merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. 

Peringkat II
Turut merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak. 

Peringkat III
Ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV
Merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan,homoeopathy dan lain-lain.Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Pemeriksaan Awal




Cegahlah ia sebelum terlambat
Premium Beautiful dapat membantu


Mencegah lebih baik daripada mengubati



Hubungi Segera

NIEZAMATNOR
0124686820
niezamatnor@gmail.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@NIEZAMATNOR/RESTORAN MACAM MACAM RASA/Alor Star,Kedah